Monday, February 9, 2009

Project IC/ Project Mahathir

http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=3223


Malaysia Today - Berita & Komentar » Sogokan bagi menangguhkan tindakan dan bebas dari hukuman22/03:
Sogokan bagi menangguhkan tindakan dan bebas dari hukuman
Category: General Posted by: Raja Petra
Oleh Deep Throat

Perbuatan mengorek lubang hidung di hadapan orang awam amatlah tidak sopan
sekalipun anda seorang pembesar negeri. Namun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri
Panglima Haji Musa Khan bin Haji Aman Khan Al-Pushtuni, adalah ibarat itu, malah
lebih dahsyat, mengorek lubang hidungnya dengan ibu jari kakinya.

Sempena memperingati Jubli Emas Kemerdekaan Malaya (Malaysia 1963), adalah amat
wajar kita menilai tata kelakuan pemimpin Umno Sabah setelah kita diaibkan oleh
Datuk Seri Panglima Haji Osu Haji Sukam dengan hutang judinya dengan Kasino di
London.

Sungguh malangnya nasib rakyat Sabah kerana mempunyai pemimpin yang
tingkahlakunya seperti penjenayah kolar putih kerana melakukan perbuatan yang di
luar Perlembagaan dan Undang-Undang, namun ia terus disanjung dan dipuja.

Pada 26 Februari 2007, bekas Setiausaha Task Force Umno Sabah, Haji Jabar Khan @
Yasser Arafat, mendedahkan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
mengenai Integriti, bahawa skandal projek pengeluaran 82,000 keping kad
pengenalan kepada warga Indonesia dan Filipina ditaja dan dipengerusikan oleh
Musa Khan dengan bantuan Datuk Yahya Hussin dan Allahyarham Datuk Haji Abdul
Malik Chua.

Dalam kesibukan berpolitik, Musa 'jatuh cinta' dengan seorang gadis Indonesia
yang memang jelita, namun amat malang kerana gadis kacukan itu tidak mempunyai
sebarang dokumen pengenalan diri melainkan 'harga diri seorang gadis' yang telah
diserahkan kepada Musa sebagai imbalan Musa mengarahkan Pegawai Pendaftaran
Sabah, Mohd Tohid Mohammad (mantan tahanan ISA) memberikan sekeping kad
pengenalan biru, yang telah mengubah nasibnya.

Dengan kad pengenalan projek yang ditaja oleh Musa Khan, Rahmawati diambil
bekerja sebagai kerani di Yayasan Sabah walaupun tidak mempunyai sebarang
kelulusan.

Musa dan Rahmawati terlanjur dan Rahmawati mengandungkan anak Musa Khan. Bagi
menutup malu, Musa mengirim Rahmawati ke Banjir Masin, Indonesia, tempat asal
keluarga Rahmawati untuk melahirkan anak.

Setelah habis pantang, Musa Khan bernikah secara sah dengan Rahmawati (tanpa
mempedulikan peraturan poligami) dan menghantar Rahmawati melanjutkan pelajaran
ke Australia sehingga Musa menjadikan Australia sebagai destinasi percutian agar
dapat melepaskan rindu melihat anak dan isteri jelitanya. Setelah lulus (sijil
dibeli), Rahmawati kembali ke Sabah tetapi ditukarkan ke Sandakan sebagai
Pengurus Wilayah Yayasan Sabah.

Oleh kerana sering kesunyian, Musa Khan melepaskan rindunya kepada pembantu
peribadinya (PA) yang bernama Jennifer Marcus yang berdarah kacukan. Apabila
suami Jennifer mendapat tahu, maka dia terpaksa menceraikan Jennifer walaupun
mereka mempunyai dua orang anak yang rupa parasnya amat mencurigakan kerana
diyakini bukan anaknya, sebaliknya ada iras 'Khan'. Bapa Jennifer pernah bekerja
di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tapi sudah meninggal dunia.

Akhirnya Musa terpaksa mengahwini Jennifer yang kini membantunya menguruskan
perniagaannya di Kuala Lumpur dan dikawal ketat oleh orang kepercayaan Musa,
Mazlan Zakaria.

Manakala isteri rasmi Musa Khan, Datin Faridah Tussin terpaksa menjeruk hati
sehingga menjadi agen menjual beg tangan Bonia dan meluahkan rasa resah gelisah
dan kecewanya terhadap Musa kepada rakannya dalam Bakisa.

Ketiga-tiga mereka masih menjadi isteri Musa. Kini, Musa Khan dimaklumkan sedang
berjinak-jinak dengan seorang wanita Cina yang diperkenalkan oleh Nasir Yeo,
wanita Cina yang berasal dari Filipina, tetapi diberi kad pengenalan projek oleh
Musa.

Nasir Yeo tinggal berjiran dengan Musa di Kampung Tinusa, Sandakan. Nasir
merupakan 'bapa ayam' terhormat yang dipercayai Musa, selain John Ambrose. Musa
tahu Nasir Yeo, seorang yang muflis, namun menggunakannya sebagai nominee untuk
skandal kayu balak di kawasan Benta Wawasan.

30 tahun lalu, Mazlan hanyalah seorang bellboy di Hotel Hilton Kuala Lumpur yang
menjadi hotel pilihan orang kaya dari Sabah, terutama Musa Khan.

Oleh kerana keramahan dan ringan tulang, maka Musa berkenan mengambil Mazlan
bekerja dengannya. Sebagai anak muda yang bercita-cita tinggi, Mazlan menjadi
'Orang Suruhan' Musa terutama menjaga Jennifer Marcus yang tinggal di Kuala
Lumpur.

Mazlan adalah nominee Musa Khan dalam semua syarikat yang melibatkan kepentingan
Musa terutama 1Borneo dan Warisan Square yang dibangunkan secara usahasama
dengan Sagajuta Sabah Sdn.Bhd. Mazlan dilantik sebagai Pengarah Sagajuta (Sabah)
Sdn.Bhd, Ramajuta Properties Sdn.Bhd, Nusmetro Development (Sabah) Sdn.Bhd dan
beberapa syarikat lagi setelah Musa Khan dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.

Mazlan yang tinggal di Lot 3459, Jalan Melawati 6, Fasa 6, Taman Melawati, Kuala
Lumpur sering datang ke Sabah untuk mengiringi Musa Khan ke Kuala Lumpur atau
melakukan tugas rahsia. Ketika Musa kembali ke Kota Kinabalu, Mazlan kelihatan
menyambut Musa di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.







Baru-baru ini Mazlan mengatur pertemuan dengan Ketua Pengarah Badan Pencegah
Rasuah (BPR) Datuk Zulkifli Mohd Noor di Hotel Mandarin Kuala Lumpur dua hari
selepas Datuk Dr Jeffrey Kitingan memfailkan 20 tuduhan rasuah terhadap Musa
Khan sehingga Pengarah BPR Sabah, Latifah diarah menangguhkan akuan penerimaan
laporan Jeffrey kerana mereka sedang berunding.

Mengikut maklumat yang boleh dipercayai, Musa Khan telah membayar RM700,000
kepada Zulkifli bagi melengahkan tindakan dan tidak mengambil tindakan
terhadapnya (visual tidak dapat disiarkan atas sebab-sebab tertentu). Namun
Khairy Jamaluddin dapat menghidu campurtangan yang berlaku, lalu menasihati Pak
Lah agar membersihkan nama baiknya. Peguam Negara diminta mengarahkan Ketua
Polis Negara menjalankan siasatan rapi terhadap Zulkifli kerana bukti sogokan
Musa lebih jelas daripada kes Ramli Manan, sekaligus menangkap jerung yang
memakan ikan.

Kebijaksanaan Peguam Negara, Gani Patail memang terpuji kerana jika membongkar
kes Musa Khan hanya mengotorkan tangannya, sebaliknya dengan menyiasat Zulkifli,
semua kes akan terbongkar termasuk sogokan Musa Khan.

Jika Ketua Menteri Sabah yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam
Negeri terlibat dengan Skandal Projek Kad Pengenalan dan memelihara Pendatang
Asing Tanpa Izin (PATI) di dalam rumahnya sendiri, maka siapakah yang boleh
diharapkan menjaga negeri Sabah?

Tanah USIA dibangunkan bukan beri manfaat kepada rakyat Sabah

No comments:

Post a Comment